Sejarah Sekolah

Posted by smk pesisiran perdana

Bangunan-bangunan di SMK Pesisran Perdana
                                            Blok Akademik 1
                                 

                                            Blok Akademik 2
 
                                             Bengkel Kemahiran Hidup

                                               Pusat Kokurikulum dan Kantin

                                                  Blok Pentadbiran

Surau 

                                           


# Memulakan sesi persekolahan pada 01 Julai 2009 dengan menumpang di SMK Parit Bunga.
# Bermula dengan 170 orang pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4.
# Terdapat seramai 15 orang guru dan seorang staf sokongan ditempatkan di SMK Parit Bunga.
# SMK Pesisiran Perdana terletak di atas tanah Lot 5850, 5851, 5852 dan 642, Jalan Gading Baru, Tanjung Agas, Ledang, Muar, Johor.
# Mula dibina pada Januari 2008 dengan kos bangunan sahaja menelan belanja 13 juta dan dibina berkonsep ciri-ciri moden yang tersergam indah.
# Siap sepenuhnya pada Jun 2009 dengan pembinaan sejumlah 6 blok iaitu 2 blok akademik, blok pentadbiran, blok kantin, blok bengkel kemahiran hidup dan surau. Dibina juga sebuah padang dan gelanggang permainan sepak takraw, bola tampar dan bola jaring.
# Pada 23 Disember 2009, bangunan ini telah diserahkan sepenuhnya secara rasmi oleh Konsultan dan kontraktor pembinaan SMK Pesisiran Perdana kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
# Mulai 4 Januari 2010 sekolah ini telah digunakan sepenuhnya untuk sesi persekolahan. Sesi persekolahan dijalankan satu sesi iaitu di sebelah pagi.
# Pada 4 Mei 2010 terdapat seramai 296 orang pelajar, 26 orang guru, 5 orang staf sokongan, 7 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal keselamatan bertugas di SMK Pesisiran Perdana.
# Pengetua pertama bertugas di sekolah ini ialah Tn. Hj. Radi Bin Yahaya dan Yang DiPertua PIBG pertama ialah En. Ramlan Bin Bachik.
# Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Institut Pendidikan (1997) atas nama SMK Pesisiran Perdana, Jalan Gading 3, Taman Gading Baru, 84000 Tanjung Agas, Ledang, Johor dan No. Pendaftaran sekolah ialah J/5/SMK/031 manakala Kod Sekolah ialah JEA 5042
# Motto sekolah ialah "AMANAH USAHA JAYA"

No comments:

Post a Comment